Abang Sado Habib

Habib

"Pelik pula rasanya apabila mereka terbawa-bawa watak saya hingga ke alam realiti. Kata mereka, 'Awak seorang Ustaz, janganlah pakai singlet'. "Saya juga disuruh jaga penampilan. Foto di gimnasium dikatakan tidak sesuai dipaparkan di laman sosial kerana kurang sopan. Rasa kelakar pun ada. Setahu saya aurat seorang lelaki bermula daripada pusat ke bawah.

Gara-gara sinonim dengan watak ustaz dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz, pelakon Raja Afiq dikecam netizen selepas memuat naik foto mengenakan singlet ketika bersenam di gimnasium. Raja Afiq atau nama penuhnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 22, berkata, kebanyakan pengikutnya terutama di Instagram menganggap cara pemakaian seperti itu seolah-olah mendedahkan aurat.

"Apa pun saya tidak ambil serius selain menganggap mereka adalah peminat fanatik drama berkenaan. Pada masa sama, saya ambil setiap komen sebagai perkara positif," katanya kepada BH Online. Sayangku Kapten Mukhriz baharu saja menamatkan siarannya pada Selasa lalu menerusi slot Akasia TV3.

Selain Afiq, aktres Niena Baharun, Reen Rahim dan Aliff Aziz turut membintangi menerusi drama terbabit. Sementara itu, Afiq bersyukur apabila drama pertamanya dengan tanggungjawab memegang watak utama meraih perhatian umum.

Namun kekasih kepada pelakon dan penyanyi Anis Al Idrus itu memaklumkan turut berasa bimbang dengan populariti yang diraih secara mendadak. "Jujurnya, saya takut dengan populariti drama ini, kerana selepas ini, menjadi tanggungjawab saya untuk beraksi dengan lebih baik lagi demi tidak menghampakan peminat.

"Saya agak risau sebenarnya jika watak yang bakal saya terima di masa akan datang sama seperti Sayangku Kapten Mukhriz. Kalau boleh saya mahu melakonkan pelbagai watak. Peminat pun tidaklah melihat saya statik dengan satu karektor saja," ulasnya lagi. - BHarian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment