Teater Mencari Sumaiyah lakonan Erra Fazira
Terbaru, Erra yang mendapat jolokan primadona filem Melayu terbabit dalam pementasan teater Mencari Sumaiyah yang mula dipentaskan di Istana Budaya sejak 8 Ogos lalu.
Mencari Sumaiyah mengisahkan tentang empat orang tukang jahit, Zaitun, Faridah, Mariam dan Salmi dalam merealisasikan impian mereka untuk bergelar tukang jahit terkemuka.
Dalam keempat-empatnya mengejar impian, nilai persahabatan mereka akan menemui pelbagai ujian. Dapatkah mereka mengharunginya atau adakah ikatan persahabatan di antara mereka akan terlerai?
Kali terakhir pelakon dan penyanyi Erra Fazira beraksi di pentas teater dengan genre komedi adalah menerusi naskhah Bahayanya Wanita pada 2014.
Erra, 42, mengakui bukan mudah untuknya melakonkan watak komedi yang jauh berbeza dengan keperibadian sebenarnya.
�Penyampaian jiwa dan emosi tidak sukar tetapi kerana saya bukan pelawak, ia agak mencabar untuk dilaksanakan. Mungkin penonton nampak mudah tetapi sebenarnya tidak.
�Ditambah pula beraksi di samping Afdlin yang sememangnya hebat dalam genre ini menuntut saya perlu cepat. Selain itu, saya juga perlu mencari keserasian dengan empat pelakon lain. Alhamdulillah, perkara ini dapat diatasi,� katanya.
Sambung Erra, latihan singkat selama 10 hari sedikit sebanyak mengundang tekanan dalam dirinya.
Dalam tempoh itu juga Erra perlu mendalami banyak perkara terutama skrip, lagu dan tarian.
�Keseluruhan latihan diperuntukkan selama tiga minggu. Namun disebabkan terikat dengan jadual kerja lain, saya hanya dapat menyertai 10 hari terakhir. Tambahan pula ketika itu banyak benda dibuat pada saat akhir.
�Tak hairanlah sekiranya saya berasa tertekan. Bagaimanapun, selepas empat hari persembahan semuanya berjalan lancar. Ini berkat kerjasama semua pelakon yang sangat komited dalam pementasan ini. Sehinggakan penonton pun tak sedar kesilapan yang kami lakukan,� katanya.
Menyentuh kerjasamanya dengan Hans Isaac yang bertindak selaku penerbit, Erra tidak melihat ia sebagai satu masalah besar.
Bagi bintang filem Sembilu ini, barang lepas usah dikenang kerana dia bukan jenis berdendam.
�Saya sentiasa bersikap profesional ketika bekerja. Bukan satu masalah pun jika saya kembali bekerjasama dengan Hans. Lagipun apa yang berlaku antara kami sudah lama berlalu jadi tak perlu dikenang atau diungkit lagi.
�Kalau saya masih berjauh hati, sudah tentu saya tidak akan menjayakan pementasan ini. Perkara sebegini lumrah dalam kehidupan. Saya tidak mahu simpan dalam hati sampai bila-bila.
�Kalau ada pihak lain keras hati, saya memilih untuk bersikap sebaliknya. Saya tak suka biarkan persengketaan berlarutan.
�Sebagai manusia biasa saya juga tidak sempurna. Tidak rugi jika kita berbaik,� katanya.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon