Lagu Lelaki Teragung OST 7HMencintaiku
Lelaki Teragung ciptaan Natasya dan lirik oleh Iman Imran adalah lagu yang dihasilkan sebagai lagu runut bunyi atau OST untuk drama adaptasi daripada novel 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd.
Menggambarkan melodi dan liriknya dalam bentuk visual, baru-baru ini, penyanyinya Dayang Nurfaizah menjalani penggambaran muzik video yang berlokasi di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor.
Lelaki Teragung kini menjadi antara lagu yang mendapat jumlah putaran tertinggi di radio di samping mengungguli carta muzik popular. Apa yang pasti, Dayang nyata teruja dengan proses penggambaran yang singkat namun memuaskan.
�Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tidak sampai dua jam, saya dan kru produksi berjaya menyelesaikan proses rakaman muzik video lagu itu.
�Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke sawah padi dan apa yang saya boleh katakan, pemandangannya sangat indah dan saya sendiri tidak sabar untuk menantikan hasilnya,� katanya.
Penerbitnya, Datuk Ziela Jalil berkata, dia sendiri meminta syarikat rakaman Indigital supaya menghasilkan lagu nyanyian Dayang untuk dijadikan OST drama bersiri terbaru ini.
�Ini adalah kerjasama kedua antara syarikat saya dengan Dayang. Sebelum ini, Dayang menyanyikan lagu Di Pintu Syurga yang menjadi OST drama bersiri Ariana Rose.
�Kali ini, saya yakin lagu ini akan pergi jauh dan insya-Allah, sekali lagi akan membawa nama Dayang ke pentas Anugerah Juara Lagu,� katanya.
Menurut Ziela, dia juga turut berbincang dengan penulis lirik, Iman Imran mengenai jalan cerita drama yang masih dalam proses pembikinan ini.
�Iman membuat kajian terperinci daripada novel karya Siti Rosmizah itu dan kami mengadakan perbincangan mengenai jalan cerita bagi disesuaikan dengan lirik yang akan dihasilkannya. Apa yang boleh saya katakan, hasilnya sangat memuaskan,� katanya.
Bagi Dayang, lagu ini ada jiwa tersendiri dan dia sebagai penyanyi juga melakukan beberapa persediaan sebelum rakaman.
�Rakaman untuk lagu ini di studio memakan masa sekitar dua jam sahaja kerana sebelum itu, saya sudah diberikan lagu itu lebih awal dan sempat membuat latihan.
�Lirik dan melodinya tidak terlalu sukar difahami, namun saya perlukan latihan kerana mahu setiap perkataan yang saya keluarkan, mampu menyentuh jiwa pendengar,� katanya.
Selain itu, Dayang juga turut membuat rujukan dengan mendengar lagu-lagu yang punya melodi seakan-akan sama dengan lagu ini.
�Bukanlah meniru sepenuhnya, tetapi lebih kepada mengambil inspirasi dan menjadikan rujukan. Dengan adanya lagu-lagu bermelodi seakan-akan sama dengan Lelaki Teragung, ia memudahkan saya untuk menjiwai lagu ini,� katanya.
Lelaki Teragung mengisahkan mengenai lelaki yang mencintai kekasihnya dengan sepenuh hati. Walaupun pada awalnya, cintanya seperti tidak berbalas, berkat kesabaran, akhirnya cinta itu menjadi miliknya.
Ditanya sama ada lagu ini bakal dimuatkan dalam album terbarunya, Dayang tidak menolak.
�Lagu ini akan menjadi salah satu single yang akan dimuatkan dalam album baru saya. Buat masa sekarang, saya sudah ada 10 lagu yang sudah siap dan dalam proses rakaman.
�Pada awalnya, saya dan pihak pengurusan merancang untuk menerbitkan album dalam tahun ini, namun disebabkan beberapa perkara, impian itu terpaksa ditunda sedikit,� katanya.
Bercerita serba mengenai album barunya itu, Dayang membariskan genre balada namun dalam bentuk dan penyampaian yang pelbagai.
�Teringin juga untuk saya hasilkan lagu berentak lebih rancak, namun buat masa sekarang belum ada lagi lagu yang bersesuaian dengan jiwa saya.
�Namun begitu, saya tidak menolak sekiranya ada lagu �up beat� yang sesuai dan berbaloi untuk dikeluarkan, saya akan muatkan dalam album akan datang,� katanya lagi.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon