Hanez kembali berlakon, Nukilan Ramadhan

Madrasah Rahmaniyah

"Alhamdulillah. Hari pertama di Madrasah Rahmaniyah (Rohingya). Semoga mereka (kanak-kanak Rohingya) sentiasa dilindungi serta dan diberkati," katanya menerusi dua gambar berbeza.

Lebih dua tahun menyepikan diri daripada bidang lakonan, Hanez Suraya kembali le lokasi menerusi karya berjudul Nukilan Ramadhan yang memulakan penggambaran hari ini.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 31, berkongsi perkembangan baharu itu di akaun Instagram peribadi pagi tadi, selepas kebelakangan ini dilihat lebih gemar memuat naik gambar aktiviti bersama keluarga terutama selepas bergelar ibu.

Biarpun pernah meluahkan perasaan rindu terhadap kerjaya lakonan, Hanez akur dengan status sebagai isteri dan ibu yang perlu memberikan tumpuan penuh terhadap keluarga.

Terdahulu bintang drama Autumn Di Hatiku itu pernah memaklumkan agak sukar memenuhi tawaran buat waktu ini memandangkan urusan rumah tangga diuruskannya sendiri.

Hanez berkahwin dengan ahli perniagaan yang juga duda dua anak, Romie Razin Adilha pada Mac tahun lalu dan melahirkan puteri pertamanya, Puteri Aleesya pada akhir hujung 2015. - BHarian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment