Gerimis Hati Asyikin


Download

ZAMRI dan SYIKIN serta dua anak mereka yang masih kecil lagi hidup secara kesederhaan. Syikin yang berkerja sebagai pembantu farmasi berdekatan dengan kawasan perumahan mereka manakala Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa. Keadaan kesederhanaan berubah apabila Syikin hamil buat kali ketiga . Kehamilan Syikin kali ini benar-benar menggangu emosi dan mentalnya. Syikin membimbangkan kedudukan mereka dikala kegawatan ekonomi yang semakin hari mereka tidak ubah seperi kais pagi makan pagi. Semasa kandungan Syikin berusia 6 bulan, Zamri ditimpa kemalangan jalanraya. Zamri mengalami patah kaki yang memerlukan masa untuk sembuh. Situasi bertambah sulit apabila Zamri kini cuti tanpa gaji sehinggalah dia sembuh sepenuhnya. Keadaan dirumah menjadi tidak terurus. Syikin yang kini sarat ditambah pula penguruskan kedua anak mereka dan berkerja keras untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga. Syikin membuat keputusan untuk bersalin dikampung halamannya.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment