Akan datang di slot Zehra TV3, drama Bahagia Kasihmu. Drama terbitan A. Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin. Drama ini adalah adaptasi dari novel tajuk asal nukilan Fatin Nabila.
Lakonan Fezrul Khan, Eyka Farhana, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Qazem Nor, Tisha Shamsir, Fazlina Ahmad Daud, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran.
Sinopsis Bahagia Kasihmu (versi novel)
Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya.
�Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.�
Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?
Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?
Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.
Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.
Nantikan drama Bahagia Kasihmu yang dijangka akan bersiaran pada bulan Oktober nanti.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon