Budak Magik Episod 9


Imran mula seronok dengan adventur yang dibacanya di dalam buku Budak Magik. Keseronokan membaca buku Budak Magik ini ialah buku ini memberikan pembacanya pilihan untuk menyelesaikan sesebuah kes. Setiap jalan penyelesaian yang dipilih membuatkan pembacanya perlu pergi ke mukasurat tertentu yang mana mukasurat yang dipilih itu akan mengeluarkan glow effect tadi. Imran berkongsi adventur itu dengan Myra dengan meyakinkan Myra bahawa buku itu adalah sebuah buku cerita yang menyeronokkan. Imran membawa Myra ke pondok sawah lalu bermulalah babak kedua. Myra juga mempunyai kuasa yang diperolehi pada waktu yang sama Imran mendapat kuasa magiknya. Jika Imran mendapat kuasa berasaskan api, (CGI EFX) Myra pula mendapat kuasa berasaskan air. (CGI EFX) Sifat ini adalah dua sifat yang berlawanan. Tidak hairanlah jika mereka berdua jarang bersependapat. Manakala Haikal mendapat kuasa angin. (CGI EFX)
Previous
Next Post »
Thanks for your comment