Bella Nazim kahwin tahun ni


�Saya berharap peminat akan terus mendoakan segala perancangan yang sudah diatur berjalan lancar," katanya.

Pelakon Bella Dally belum bersedia untuk berkongsi tarikh perkahwinannya dengan pelakon Nazim Othman, namun memaklumkan ia akan berlangsung dalam tahun ini.

Bella, 26, berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada tunangnya.

�Insya-Allah ia akan dilangsungkan hujung tahun ini dan kami akan maklumkan kepada semua tarikhnya nanti. Namun, biarlah perkara itu keluar daripada mulut Nazim. Tak manis sekiranya saya pula yang memaklumkan perkara itu.

"Dari segi persiapan memang sudah ada, tetapi saya tidak boleh berkongsi lagi kerana ada beberapa perkara yang belum lengkap lagi," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Bella, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan di Kota Kinabalu, Sabah masih dalam peringkat perbincangan kedua belah pihak.

Dalam pada itu, Bella turut menafikan tunangnya itu tidak pernah menyekat atau mengongkong pergaulannya seperti diperkatakan banyak pihak.

Sebaliknya, pelakon drama Surah Buat Maisarah ini mengambil sikap menjaga batas pergaulan selepas bergelar tunangan orang.

Bella dan Nazim mengikat tali pertunangan pada 14 November lalu di kediaman Bella di Kota Kinabalu. - HMetro
Previous
Next Post »
Thanks for your comment