Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) Ganti Geran Kenderaan


GERAN KENDERAAN BARU 2016

Dengan VOC, semua semakan data dilakukan terus dengan sistem pengkalan data JPJ.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula 1 Jun 2016.

Pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Namun, dalam usaha untuk memudahkan urusniaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik, atau Pindaan Maklumat.


VOC tidak mengandungi cetakan rekod urusniaga seperti mana yang terdapat pada RC, manakala semakan data dilakukan terus dengan sistem pengkalan data JPJ.

Tarikh Berkuat Kuasa Geran Baru  Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) 2016


Pelaksanaan VOC bakal dibuat secara berperingkat seperti berikut:

Fasa pelaksanaan VOC
 
Fasa pelaksanaan VOC

JPJ mensasarkan, menjelang 1 Januari 2020 semua pemilik kenderaan berdaftar telah melaksanakan gantian RC Kenderaan kepada VOC.
Dengan pelaksanaan VOC ini, sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi atas talian juga bakal lebih diperluaskan serta dilaksanakan dengan mudah dan pantas. 
 

 Contoh Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) 2016

 

SEMAKAN GERAN KENDERAAN ONLINE

 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment