Quantum Dot adalah kristal bersaiz nano yang diperbuat daripada bahan-bahan semikonduktor, sebagai perbandingan, ukuran nanometer (nm) merujuk kepada satu bilion daripada satu meter, kata Samsung dalam satu kenyataan hari ini.
Samsung memperkenalkan barisan televisyen SUHD 2016 yang serba canggih yang menampilkan teknologi Quantum Dot bagi memaparkan kualiti gambar terbaik serta kecekapan penjimatan tenaga yang lebih optimum.
Oleh itu, partikel-partikel yang sangat kecil ini mempunyai ukuran yang sangat halus atau 1/10,000 dari sehelai rambut manusia. Ia memiliki ciri-ciri fizikal yang menjadikan ia sesuai untuk banyak penggunaan dan sangat cekap dalam menyerap serta memancarkan cahaya.
Warna dan cahaya yang diledakkan oleh setiap bintik kuantum didapati amat stabil dan tulen, paparan warna-warna adalah lebih tepat berbanding cahaya daripada teknologi konvensional yang lebih mudah tercemar dengan warna-warna berdekatan.
Hasilnya, tiga warna primer akan lebih mudah dibezakan berbanding dengan televisyen konvensional, ini menjadikan paparan atau skrin yang menggunakan teknologi Quantum Dot mengeluarkan warna yang lebih banyak secara tepat.
Samsung adalah satu-satunya syarikat yang menghasilkan skrin Quantum Dot yang bebas kadmium, syarikat itu mula memberi fokus ke atas teknologi itu dalam 2001 dan hingga kini sudah mempatenkan sebanyak 150 penemuan.
Teknologi bintik kuantum ini juga bersifat lebih tahan lama dan sebagai satu sebatian bukan organik, ia memiliki ketahanan terhadap pengoksidaan berbanding bahan-bahan organik biasa.
Samsung juga menyapu sejenis lapisan kuad ke atas paparan bintik kuantum bagi memastikan produk berkenaan tahan lama dan sentiasa stabil selama bertahun-tahun. - BERNAMA
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon