Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29
Kehangatan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29 yang berlangsung pada hari Ahad 8 Mei 2016 jam 9.00 malam kian dirasai apabila pemenang yang terdiri daripada calon lima teratas bagi 13 kategori utama dipertandingkan akan diumumkan sebaik sahaja acara anugerah berprestij itu berlangsung.
Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun ini (2016) turut memperkenalkan kategori baru untuk selebriti yang boleh menjadi Pengacara TV, Menyanyi, Berlakon dan Berkomedi menjadi satu kategori iaitu Artis Versatil Popular.
Pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-29 turut menyaksikan beberapa nama yang dilihat dominan juga tidak dicalonkan antaranya seperti Aaron Aziz, Amyra Rosli, Amar Baharin, Saharul Ridzwan, Mia Ahmad, Fara Fauzana, Zara Zya, Nabil Ahmad, Johan dan Zizan.
Secara realistiknya, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bukan bersandar kepada bakat semata-mata kerana pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam anugerah tersebut bergantung atau ditentukan sepenuhnya melalui undian seratus peratus yang dibuat oleh para pembaca akhbar Berita Harian serta peminat
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon