Tanggal 3 April lalu detik paling indah dalam hidup pelakon, Sherry Ibrahim apabila mula berhijab sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-33.
Sherry Ibrahim
Menurut Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, hatinya mula terdetik untuk melaksanakan kewajipan itu selepas menghadiri sidang media program Gempak Superstar pada minggu lalu.
�Sepanjang seminggu, saya sentiasa berdoa semoga niat baik itu dipermudahkan dan diberi kekuatan. Alhamdulillah, saya diberikan petunjuk setiap hari.
�Sejak itu, saya mula berfikir sudah tiba masanya saya berubah. Apatah lagi Allah membuka laluan itu pada usia sebegini dan dalam keadaan sihat walafiat,� katanya.
Sambung Sherry, penghijrahannya bukan sekadar luaran sahaja sebaliknya turut dalam proses memperbaiki diri.
�Tidak guna jika berhijrah penampilan sahaja tetapi dalaman masih sama. Ia perkara yang paling ditakuti. Sebab itu, beri saya ruang dan masa untuk belajar.
�Cuma, apabila membabitkan bidang seni, saya tidak boleh seperti dulu. Ada perkara yang perlu dipandang serius terutama soal pergaulan,� katanya.
Sherry berkata, kekasihnya Fattah Amin antara individu yang selama ini banyak memberi doro�ngan untuknya berhijrah selain nasihat daripada orang tua.
�Sepanjang saya bersama Fattah, dia tidak pernah memaksa saya berhijab. Cuma dia lebih kepada memberi galakan dan dorongan.
�Namun penghijrahan ini bukan kerana dia sebaliknya atas kehendak dan kesedaran diri sendiri,� katanya.
Pada masa sama, Sherry menafikan keputusan berhijab itu petanda akan berkahwin dengan pelakon drama Bodyguard itu seperti yang dicanang banyak pihak.
�Saya pun pelik, apabila artis berhijab pasti disangka mahu berkahwin. Perancangan ke arah itu memang ada tetapi bukan dalam masa terdekat.
�Saya tidak mahu orang salah anggap. Apa saya lakukan adalah kerana Allah,� katanya.
Pelakon drama Keluarga Karaoke ini turut mengakui sejak ibu bapanya pulang mengerjakan haji, dia sering dinasihati supaya berhijab.
�Terus terang ketika itu saya belum bersedia. Bukan apa, kalau saya nak berubah sekalipun biarlah dalam keadaan yang lebih baik dan sepenuh hati.
�Sebab itu apabila saya tampil berhijab pada pagi Ahad lalu, mereka terkejut. Dapat saya lihat kegembiraan pada wajah mereka.
�Sekurang-kurangnya saya sudah melakukan sesuatu yang baik untuk mereka. Saya terharu dengan sokongan yang mereka berikan,� katanya.
Belajar pakai tudung
Sejak ada niat mahu betudung, Sherry mula mengumpul dan mengasingkan pakaian yang tidak sesuai dengan penampilannya kini.
�Saya tidak bercadang membuang baju yang ada, mana yang boleh disuai padan saya masih gunakan.
�Selebihnya saya akan jual secara �preloved� dan hasilnya disumbangkan ke badan kebajikan,� katanya.
Sambung Sherry lagi, disebabkan baru berhijab dia masih belajar menggayakan tudung mengikut kesesuaian dirinya.
Selain itu, Sherry turut memberitahu Fattah tidak membenarkannya memakai baju yang terlalu ketat.
�Macam saya katakan tadi, bukan saja berhijab malah penampilan lain juga perlu dijaga. Perkara itu yang selalu dipesan Fattah supaya tidak memakai pakaian yang �menjolok mata�,� katanya.
Perkembangan lain, penghijrahan Sherry tidak menjejaskan pembabitannya dalam program realiti Gempak Superstar, Ahad ini.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon