Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merekodkan gelaran ke-11 Terbuka Malaysia Celcom Axiata, sebentar tadi.
Datuk Lee Chong Wei
Lebih manis, kejayaan itu hadir selepas dia menundukkan musuh tradisinya, Chen Long dari China 21-13, 21-8 di hadapan lebih kurang 10,000 penonton tempatan yang hadir di Stadium Malawati Shah Alam untuk aksi final.
Bekas pemain nombor satu dunia itu sebelum ini muncul pemain paling banyak bergelar juara Terbuka Malaysia apabila meraih 10 gelaran dengan kali pertama pada 2004 dan terakhir pada 2014.
Kemenangan ke atas Chen Long yang juara dunia dua kali adalah yang ketiga berturut-turut selepas dia turut menang ketika Terbuka China dan Terbuka Hong Kong, November lalu.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Intanon merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia selepas mengetepikan cabaran pemain Taiwan, Tai Tzu Ying dalam aksi final.
Bekas juara dunia 2013 itu cemerlang apabila mencatat kemenangan 21-14, 21-15 ke atas Tzu Ying menjuarai edisi 2013.
"Saya gembira kerana berjaya memenangi gelaran juara pertama di sini apa lagi saya baru muncul juara Terbuka India minggu lalu. Sudah pasti kejayaan ini akan melonjakkan lagi kedudukan ranking saya yang ketika ini di tempat kelima," kata Ratchanok.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon