Konsert Mega Gegar Vaganza (2016)
Bintang program Gegar Vaganza (GV) musim pertama dan kedua dihimpunkan dalam satu konsert khas yang akan diadakan di pentas berprestij Istana Budaya.
Membariskan nama penyanyi seperti Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Haleeda Mazlin, Farahdhiya, Rahmad Mega, Ezad Lazim dan ramai lagi, Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya (KMGVIB) bakal diadakan selama tiga malam berturut-turut bermula 15 sehingga 17 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad selaku pengacara, KMGVIB yang dipentaskan hasil kerjasama pihak Astro dan Istana Budaya ini dipancarkan khas oleh penaja utama, Pamoga Qu Puteh yang diasaskan oleh Datuk Seri Dr. Hajah Vida.
�Pihak Astro amat berbesar hati apabila dijemput untuk membawa GV ke pentas gah seperti Istana Budaya. KMGVIB ini sangat istimewa kerana buat julung kalinya, bintang GV musim pertama dan kedua bakal bergabung dan membuat persembahan di atas satu pentas yang sama.
�Konsert ini bakal mengambil durasi selama dua jam 30 minit dan akan menampilkan 13 penyanyi pada setiap malam. Lebih istimewa lagi, persembahan pada ketiga-tiga malam itu nanti akan diiringi oleh 63 orang pemuzik professional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia yang dipimpin oleh konduktor Mohd Yazid Zakaria,� ujar Raqim Ahmad selaku Pengurus Saluran Astro Ria.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon