Selaku ketua kumpulan, Shah pula menyifatkan konsert yang bakal dijayakan nanti sebagai penanda aras terhadap kematangan dan pengalaman setiap anggota Slam dalam bidang muzik.
Mengambil sempena judul trek popular Kurnia, salah sebuah lagu dalam album kompilasi Terbaik Slam (1995) yang terjual lebih 200,000 unit, konsert yang diberi nama Konsert Kurnia Slam akan diadakan di StarXpo, Kenanga Mall atau juga dikenali sebagai KWC pada 14 Mei nanti.
Simboliknya juga, Konsert Kurnia Slam merupakan sebuah riwayat survival karier muzik Slam yang penuh bermakna, Segala pencapaian, kemasyhuran serta jatuh bangun mereka itu adalah anugerah, kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya. Nostalgia, momen dan segala rasa, suka duka itulah yang mahu dibangkitkan semula dan dikongsikan dengan peminat. Itulah kurniaan sebenar.
Konsert Kurnia Slam juga akan mengembalikan semula ingatan peminat tegar Slam sebagaimana yang dirasai dalam Konsert Grand Slam Unplugged di Stadium Negara pada 3 Ogos 1996.
Dibawakan oleh Urban Creative Sinergy (UCS) Sdn. Bhd yang sebelum ini terlibat dengan penganjuran konsert artis antarabangsa seperti Avenged Sevenfold, UB40 Judika dan Konsert Search di Istana Budaya. Konsert Search itu juga menjadi percubaan pertama UCS dalam penganjuran konsert artis tempatan, manakala Slam kelak menjadi konsert artis tempatan kedua terbesar yang akan dijayakan UCS.
Pengarah Persembahan Konsert Kurnia Slam, Shamil Shah meluahkan harapan agar penganjuran konsert berkenaan mendapat sokongan padu daripada khalayak kerana ia sebuah dedikasi Slam buat seluruh peminat yang tidak pernah melupakan mereka selama ini.
�Kami semua sudah matang dan setiap anggota Slam sudah melalui fasa yang berbeza. Konsert Kurnia Slam nanti bukan hanya akan dinikmati oleh peminat lagu-lagu Slam bahkan peminat muzik masa kini. Biarpun Slam dikenali sebagai kumpulan muzik pop, tetapi saya berjanji bahawa Slam akan mencurahkan segala pengalaman dan skil yang telah dikutip sepanjang bergelar pemuzik selama ini.
�Selain ada susunan semula terhadap muzik, kami akan tetap mempertahankan keaslian bunyi Slam sebagaimana yang diketahui semua,� jelas Shah.
Tiket Konsert Kurnia Slam dibahagikan kepada beberapa kategori harga iaitu RM68 ((General Admission), RM98 (Normal), RM158 (Bronze), RM208 (Silver), RM228 (Gold), RM288 (VIP Diamond) dan RM599 (VVIP Platinum).
Pembeli tiket berharga RM599 akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan anggota Slam. Tiket-tiket boleh dibeli secara online menerusi www.ticketpro.com.my, outlet TicketPro atau panggilan telefon ke talian 03-78807999.
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon