Pelakon Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim yang juga pemilik syarikat tudung Fareeda sedih apabila ada pihak mengaitkan isu pelanggan berasak-asak ketika berebut mendapatkan tudung promosi Fareeda �Sweet Love� dan melayan pelanggan seperti lembu, baru-baru ini adalah punca mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Fizo dan Mawar
Fizo ketika dihubungi berkata, dia kecewa apabila mereka mengaitkan isu itu dengan perkara peribadi terutama mengenai hal zuriat yang sememangnya urusan Allah SWT.
�Tolong jangan kaitkan isu tudung Fareeda dengan hal peribadi kami. Saya bertambah sedih apabila mereka turut mengaitkan keluarga mentua, ibu saya dan adik- beradik,� katanya.
Insiden terbabit mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat Islam, terutama netizen di laman sosial selepas ia menjadi viral.
Pasangan ini kemudian membuat sidang media menjelaskan mengenai situasi insiden berkenaan, semalam.
Dalam pada itu, Fizo turut menafikan dia �makan hasil� isterinya yang juga pemilik syarikat itu.
�Saya juga ada mengusahakan beberapa perniagaan lain dan dari hasil itulah saya menyara isteri. Walaupun dia ahli perniagaan berjaya, tetapi Mawar adalah tanggungjawab saya,� katanya.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon