Dangdut Star di Astro 27 April ini

Program Dangdut Star diterbitkan bukan sekadar untuk mengetengahkan bakat dalam muzik dangdut, sebaliknya mengembalikan semula kegemilangan genre berkenaan seperti pernah disaksikan lebih sedekad lalu.

Pelawak, Tauke Jambu dan kumpulan yang semakin mencipta nama di arena muzik, De Fam, ditampilkan sebagai gandingan unik mengacarakan program terbaharu, Dangdut Star.

Dangdut Star Astro

Peserta Dangdut Star

1. Rojer (Mohd Rozaidy Shukry)
2. Fitri (Fitri Hiswady)
3. Felix (Felix Agus)
4. Zarith (Zarith Shuhada)
5. Aishah (Siti Aishah)
6. Wanie (Azmahirwani)
7. Elda (Elda Susanty)
8. Fiesha (Norerinafisha)
9. Zizi (Nurfazalah)

Hadiah Pemenang

1st RM50,000, pakej percutian ke Sydney, trofi
2nd RM20,000, pakej percutian ke Korea, trofi
3rd RM15,000, pakej percutian ke bali, trofi

Juri Tetap

Pak Ngah
Mas Idayu

Pengurus Saluran Astro Prima, Farah Zainul, berkata taruhan terbaharu menerusi program Dangdut Star sebagai testimoni dalam menawarkan program hiburan beraneka format, khusus untuk tontonan seisi keluarga.

"Kami bukan saja ingin mencungkil bakat dan kebolehan penyanyi yang berpotensi untuk menjadi pelapis irama dangdut serta mengembalikan kegemilangannya menerusi platform disediakan, malah kami percaya ia mempunyai kelompok peminat tersendiri.

"Menerusi kajian dilakukan, penonton cenderung terhadap program berkonsepkan realiti dan pertandingan, contohnya Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar dan banyak lagi," katanya ketika sidang media program Dangdut Star di Bistro Saloma, di sini.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment