Pengarah: Khairi Azmi
Pelakon: Janna Nick, Hafreez Adam, Raysha Rizrose, Bill Azali, Mustaqim Bahadon, dan Delimawati.
SINOPSIS
Ikuti kisah perceritaan Amar dan Salihah, pasangan muda yang baru sahaja berkahwin setelah hampir tiga tahun mereka menjalinkan cinta jarak jauh. Ini kerana Salihah telah melanjutkan pelajarannya di Australia dalam bidang komunikasi massa sementara Amar pula melanjutkan pengajiannya di kolej kolej tempatan dalam bidang penyiaran.
Sebaik sahaja Salihah pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian, Katijah ibu kepada Salihah telah memaksa Salihah bernikah dengan Amar sebelum dia berangkat menunaikan haji pada musim haji yang akan datang.
Pada mulanya Amar enggan bernikah dahulu kerana dia masih belajar, namun Katijah enggan menerima alasan Amar itu. Akhirnya Amar setuju bernikah dahulu dan bersanding kemudian. Tetapi Amar menetapkan syarat kepada Salihah dan keluarganya iaitu pernikahan tersebut haruslah dirahsiakan daripada umum sepanjang tempoh dia masih belajar.
Impian Katijah tercapai dan dia setuju dengan syarat Amar itu. Setelah mereka bernikah, Salihah mendapat tawaran bekerja sebagai pensyarah di kolej tempat Amar menuntut. Kebetulan pula Salihah dilantik menjadi pensyarah subjek Pengajian Media di kelas yang Amar duduki.
Pada mulanya Salihah berasa amat gembira kerana baginya dia sentiasa boleh berjumpa dengan Amar. Namun kegembiraannya menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya kerana kelas Amar lebih ramai perempuan berbanding lelaki seperti yang digambarkan oleh Amar sebelum ini.
Apa yang menimbulkan kemarahan pada dirinya, terdapat seorang pelajar perempuan bernama Sherry meminati Amar dan mahu selalu bergandingan dengannya di kolej. Sementara itu lain pula kisahnya dengan Joey, kawan Amar yang menaruh hati terhadap Salihah setelah mengetahui pensyarahnya itu masih bujang.
Sepanjang masa pasangan muda ini di kolej, berlaku beberapa insiden yang memakan hati kedua-dua mereka. Di mana Amar sentiasa melakukan tugasan kumpulan bersama Syerry sementara Joey pula sentiasa cuba mendampingi Salihah untuk memikat hatinya.
Ada juga beberapa kali Salihah cuba untuk mengenakan Syerry namun cubaannya seringkali tidak menjadi apabila Syerry sentiasa dapat menyelesaikan kerana Syerry juga merupakan salah seorang pelajar yang rajin dan pandai di kolej.
Ketika hubungan pasangan ini semakin keruh, timbul pula satu lagi konflik yang besar dalam hubungan mereka iaitu kemunculan Daniel, rakan karib Salihin sewaktu menuntut di Australia yang kini mendapat tawaran berkerja di situ sebagai pensyarah sambilan.
Namun apa yang lebih membimbangkan Salihah adalah Daniel tahu akan rahsia Salihah telah bernikah. Ini disebebkan sebelum ini Daniel pernah meluahkan perasaannya pada Salihah namun ditolak oleh kerana Salihah mahu bernikah dengan Amar.
PROMO Sumber Dailymotion
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon