Sinopsis Drama CInta Hati Abah ,Slot Samarinda Tv3

Cinta Hati Abah mengisahkan seorang ayah bernama Pak Salleh (EsmaDaniel) yang begitu menyayangi anak perempuannya. Pak Salleh mempunyai 3 orang anak iaitu Intan (Zara Zya), Baizura (Nonny Nadirah) dan Zaharah (Nor Zara Sophia).

Tajuk; Cinta Hati Abah
Tarikh: Januari 2016
Jumlah episod:
Skrip: Zarihah Hassan
Pengarah: Azmi Hatta
Terbitan: Orangetree Production Sdn Bhd
Pelakon: Zara Zya, Nonny Nadirah, Nor Zara Sophia, Ben Amir, Afiq Muiz, Esma Dainal, Nor Albaniah, Razak Ahmad, Laila Nasir


SINOPSIS

Kisah seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri, dikurniakan tiga orang cahaya mata, kesemuanya anak perempuan.

Anak yang sulung, Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar dan mempunyai masa depan yg cerah, juga menjadi harapan Pak Salleh, melihat Baizura ke menara gading. Walaupun Baizura pelajar pintar, namun dia agak materialistik, bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), anak kepada Tokey keropok, En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir).

Anak kedua Pak Salleh, Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang dan amat sayangkan ayahnya, serta adiknya, Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya.

Anak bongsu Pak Salleh, Zaharah, di bawa oleh Zaharah (kecil lakonan Nor Zara Sophia) dan  Zaharah (dewasa lakonan Sweet Farhana) juga anak yang pintar dan cemerlang, hingga dapat menyambung pengajian ke luar negara.

Maimon (Noralbaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh.

Intan (Zara Zya) juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yang sering mengambil berat tentang Intan.

Diselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir) yang akan memberi impak dalam kisah ini.


Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan, mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan dan menjaga Zaharah.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment