Sejak seminggu lalu, peminat penyanyi bersuara gemersik itu seolah-olah tidak sabar menantikan pengumuman mengenai berita baik tersebut. Spekulasi kehamilan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza masih satu teka-teki.
Pihak media juga turut teruja dan tidak mahu ketinggalan dalam memaparkan berita perkembangan terbaharu tentang kehamilan tersebut. Hampir setiap hari ada sahaja 'angle' berita terkini berkaitan berita yang belum pasti kesahihannya itu.
Namun, pengurus Siti berharap masyarakat dapat menghormati permintaan Siti yang belum bersedia membuat sebarang pengesahan berhubung khabar kehamilannya.
Rozi Abdul Razak, menerusi satu kenyataan di akaun Facebook dan Instagram, menjelaskan dia hanya menjalankan tugas seperti mana yang diarahkan dan berharap perkara itu dapat difahami semua pihak.
Kata Rozi, seperti mana kenyataan yang dikeluarkan hujung minggu lepas, Siti sendiri akan mengumumkan perkara berkenaan apabila tiba masa yang sesuai kelak.
Justeru, Rozi yang juga kakak ipar Siti, meminta semua pihak agar bersabar dan terus mendoakan yang terbaik buat penghibur kesayangan ramai itu.
Spekulasi kehamilan Siti mula diperkatakan selepas dia memuat naik gambar susu kambing dan kurma di akaun Instagram, minggu lalu.
Siti dalam satu sidang media yang diadakan selepas persembahan konsert 'Satu Suara' di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada minggu lalu, penyanyi berusia 36 tahun tersebut bijak menepis soalan-soalan nakal dari wartawan yang mahukan pengesahannya tentang berita baik itu.
Apatah lagi, Siti sempat berseloroh dengan peminatnya di konsert itu dengan usikan: "Sewaktu Siti masuk tadi, semua mata tertumpu kepada perut saya ..." sambil disambut tepukan dan gelak ketawa penonton.
Sebuah akhbar tempatan hari ini menyiarkan pengakuan sumber terdekat dengan Siti yang mengesahkan penyanyi itu hamil dua bulan. Siti dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.
Sumber: #AstroAwani
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon