Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia, BRIM tahun 2016 dibuka untuk pemohon untuk kemaskini maklumat mereka mulai 1 Disember 2015. BRIM 5.0 2016 menjangkakan jumlah permohon kira-kira 8 juta orang dengan syarat kelayakan baharu. Penerima BRIM yang sedia ada tidak perlu membuat sebarang kemaskini dan permohonan, cuma dinasihatkan memastikan pemberian maklumat yang dibuat pada BRIM yang sebelumnya tepat dan masih relevan. Bagi permohon baru pula, pengguna boleh berdaftar secara online atau secara manual dengan mengisi Borang Permohonan BRIM 2016.
Online BRIM ini dirancang untuk dibayar secara berperingkat tiga kali setahun, dan menurut Najib, ianya untuk rakyat atau sebagai kebajikan bagi mereka yang Tambahan pula, beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa permohonan yang ditolak. Mereka ini boleh menghantar rayuan mereka sehinggalah 31 Mac. Maklumat lebih lanjut boleh merujuk kepada borang permohonan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang merupakan bantuan hanya sekali sahaja ini.Beliau berkata jumlah yang diagihkan akan dibiayai melalui jumlah yang dikutip daripada pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Beliau menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa jumlah ini akan menjadi bantuan yang besar dalam meringankan beban kos sara hidup penerima, yang termasuk 40% golongan berpendapatan rendah.
Najib telah aktif dalam blognya dan akaun Facebooknya mempertahankan langkah ini. Baru-baru ini di Facebooknya, beliau memberitahu bahawa kerajaan telah mengesahkan sebanyak 7.2 juta permohonan BRIM sehinggalah sekarang ini dan proses ini masih lagi PM Najib berkata seperti yang telah beliau petik daripada ucapan sewaktu Bajet 2016, GST, yang dilaksanakan pada 1 April akan digunakan untuk membiayai BRIM. Beliau menyatakan dengan lebih lanjut keyakinannya bahawa ini akan menjadi satu bentuk bantuan yang besar kepada mereka yang bergelut untuk menanggung kos sara hidup di negara ini.
Bajet 2015 telah melihatkan perubahan pada BRIM. Selain daripada rancangan yang disebutkan di atas tentang pembahagian BRIM secara berperingkat, kerajaan turut mengumumkan kenaikan jumlah yang diagihkan melalui BRIM iaitu daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 atau kurang daripadanya sebulan. Pembayaran ini akan dibuat pada bulan Januari, Mei, dan September. Bagi keluarga dengan pendapatan bulanan antara RM 3,000 hingga RM 4,000, jumlah BRIM dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan pula, jumlahnya bertukar daripada RM300 Walaupun terdapat banyak kritikan terhadap BRIM daripada parti yang berlainan, rakyat yang menerima bantuan ini mendapatinya sangat berguna untuk mereka. Ciri BRIM ini diperkenalkan pada tahun 2013 setelah pihak kerajaan memenangi pilihan raya. Pada permulaannya, jumlah ini dibayar melalui simpanan kerajaan secara terus. Sekarang ini, MK dan PM telah memperkenalkan cukai baru GST bagi memenuhi jumlah yang perlu Perdana Menteri Najib percaya bahawa daripada subsidi secara menyeluruh yang diberikan kepada semua golongan berpendapatan, ciri ini jauh lebih berfaedah lantaran ianya membantu pengagihan harta kekayaan daripada golongan berpendapatan tinggi kepada golongan berpendapatan rendah yang bertungkus-lumus untuk mencukupkan perbelanjaan. Dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, rasionalisasi ini jauh lebih memudahkan.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon