Kejohanan Bola Sepak Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Malaysia lawan Jepun, Final

Frenz United A mengharapkan keajaiban untuk muncul juara Kejohanan Bola Sepak Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2015 Bawah 18 Tahun, apabila berdepan Kashima Antlers pada aksi timbal balik perlawanan akhir, di sini malam ini.

ACT Final

Ini berikutan pada aksi pertama perlawanan akhir 11 Nov lalu, pasukan Frenz United A tumpas 0-3 kepada Kashisma Antlers dari Jepun. Ketua jurulatih Frenz United A, Steve McMahon, bagaimanapun berkata tidak mustahil anak buahnya mampu melakar kemenangan kerana mereka masih mempunyai 90 minit permainan, dan percaya pemainnya akan beraksi bermati-matian untuk menewaskan lawannya itu.

Bekas ketua pasukan Liverpool itu berkata beliau mempunyai strategi bagi mengekang pasukan dari Jepun itu, selain memastikan anak buahnya dapat menjaringkan gol bagi mengatasi defisit jaringan tersebut. "Kami benar-benar kecewa pada aksi pertama, dan kami perlu merencana strategi.

Kashima Antlers sebuah pasukan yang kuat dan kami perlu mendapatkan gol awal bagi menaikkan semangat pemain. "Kami berharap dapat beraksi mengikut apa yang dirancang. Saya sudah lama menjadi jurulatih dan saya tahu masalah mereka.

"Kami tiada masalah dari segi kecederaan cuma ada pemain digantung dan kami akan melakukan perubahan pemain," katanya pada sidang media di sini hari ini. McMohan berkata, mengatasi defisit jaringan 0-3 bukannya satu yang mustahil dalam bola sepak kerana Liverpool pernah melakukannya pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2005.

Beliau berkata, selepas ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, Liverpool berjaya mengikat AC Milan 3-3 sehingga wisel penamat, sebelum menumpaskan kelab dari Itali itu menerusi penentuan sepakan penalti.

"Ini menunjukkan kesungguhan pemain," kata legenda bola sepak Liverpool itu. Pusingan kedua perlawanan akhir ACT 2015 akan berlangsung di Stadium Hang Tuah, bermula 8 malam. | Sumber BERNAMA
Previous
Next Post »
Thanks for your comment