Gambar Banjir Di Shah Alam dan Klang (16 November 2015)

Banjir kilat melanda dibeberapa kawasan di Shah Alam dan Klang. Sembilan kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami banjir kilat akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi yang menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila banyak jalan tidak dapat dilalui.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu bermula 1 tengah hari hingga 5.45 petang tadi.

Di Shah Alam, kawasan yang terlibat ialah Seksyen 13, Seksyen 20, Seksyen U8, Stesen Komuter Batu 3, Persiaran Kerjaya dan Tol Bukit Jelutong. "Di Klang pula, lokasi terbabit ialah Kampung Bukit Kerayong, Taman Sentosa dan Jalan Kebun Nenas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sehingga 6 petang ini, keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan. Berdasarkan laporan, hanya KPJ Selangor Specialist Medical Centre di Seksyen 20 dilimpahi air dan bomba sedang menjalankan kerja mengepam air dari premis itu. | Sumber BHarian









Previous
Next Post »
Thanks for your comment