Darurat di Perancis Serangan Pengganas Lebih 140 Mati Setakat Ini

Darurat di Perancis

Malam tadi digegarkan dengan tembak menembak, letupan dan tawanan tebusan di beberapa tempat di ibu negara Paris dengan Presiden, Francois Hollande menyifatkannya sebagai serangan pengganas terhadap negaranya.

Televisyen tempatan dan perkhidmatan berita memetik polis bahawa sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh setakat ini manakala berpuluh lagi cedera dalam empat serangan terancang.

Salah satu letupan meledak di stadium utama Perancis apabila skuad bola sepak Perancis bertemu Jerman sehingga memaksa Hollande dibawa keluar dari stadium.

Dalam sidang media sejurus mengadakan mesyuarat kabinet tergempar, Hollande mengisytiharkan darurat di seluruh negara dengan semua pintu sempadan ditutup.

"Ketika saya bercakap ini, serangan pengganas dalam skala yang di luar dugaan sedang berlaku di wilayah Paris," katanya."Ramai terbunun dan cedera, ia amat menakutkan," katanya. - Agensi

Video Presiden Perancis, Hollande isytihar darurat.
Gambar dan lokasi serangan di Perancis


Previous
Next Post »
Thanks for your comment