Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan
Menerusi permainan tiga set sebentar tadi Chong Wei berjaya kalahkan Lin Dan pada saingan separuh akhir badminton Terbuka China di Fuzhou, untuk sekali gus layak ke final. Pemain nombor satu negara itu yang kini diranking kesembilan dunia, menundukkan seteru tradisinya itu yang juga pilihan ketiga kejohanan, 17-21, 21-19, 21-19.Sebelum itu pada saingan suku akhir, Chong Wei menundukkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark, 21-11, 11-21, 21-10. Sebagai rekod, Lin Dan memegang rekod pertemuan 25-9 ke atas Chong Wei termasuk kemenangan terbaru di Terbuka Jepun September lalu.
Kali terakhir Chong Wei menundukkan pemain kidal itu adalah di Terbuka Korea, Januari 2012. Pada aksi final esok, Chong bakal berentap dengan pilihan utama kejohanan, Chen Long dari China. Juara dunia itu menewaskan pemain Korea Selatan, San Wan Ho pada satu lagi saingan separuh akhir, 21-11, 21-17 sebentar tadi. - AGENSI
Video LCW Vs Lin Dan
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon