Sinopsis Jwanita (2015)

Jwanita 2015

Filem terbaru lakonan Maya Karin bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September nanti. Filem seram arahan Osman Ali ini diambil berdasarkan peristiwa benar jenayah yang berlaku masa lalu. Filem ini turut menampilkan pelakon mantap seperti Bront Palarae, Cristina Suzanne, Datin Paduka Umie Aida dan Marsha Milan. Lagu tema dinyanyikan oleh Datin Alyah dengan lagu berjudul Dendam Cinta.

SINOPSIS FILEM JWANITA
Mengisahkan Jwanita (lakonan Maya Karin), seorang gadis yang mengalami masalah mental yang serius akibat kisah silamnya yang sering didera secara mental dan fizikal oleh ibu dan bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam

Sinar harapan mula muncul dalam hidupnya apabila dia bertemu dengan Farhan (lakonan Bront Paralea), doktor yang merawatnya selepas dia membunuh kedua ibu dan bapa angkatnya. Namun, segalanya punah apabila Farhan yang dicintainya merupakan tunang kepada adik kandungnya, Julaika yang ternyata lebih bernasib baik darinya.

Selepas menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika, Jwanita muncul semula. Jwanita kembali dengan perwatakan yang berbeza namun dengan azam dan dendam durjana.

VIDEO TRAILER


TAJUK : JWANITA
Tarikh Tayangan : 24 September 2015
Klasifikasi: 18 (18 tahun ke atas sahaja)
Genre : Seram-psiko
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Maya Karin, Bront Palarae, Marsha Milan, Cristina Suzanne, Umie Aida
Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul
Terbitan : Nuansa Films dan Ehsan Productions
Trailer : https://youtu.be/ggfIDergZLI

The Making of Jwanita Film

Previous
Next Post »
Thanks for your comment