'Cik Keju Ikan Masin' pada 13 September ini, pukul 10.30 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1.
Membawakan watak utama sebagai Nelya, Scha bakal bergandingan dengan pelakon Nazim Othman dalam drama yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita bila perbezaan darjat dan taraf hidup menjadi penghalang hubungan pasangan dan seterusnya mencetuskan perbalahan yang berpanjangan.
Disampaikan plot kisahnya secara santai dengan menyelitkan unsur komedi, saksikan perjalanan watak mengenai gadis bandar bernama Nelya yang digelar 'Cik Keju' dengan jejaka berasal dari desa dikenali sebagai Reza atau dipanggil Ikan Masin
Kisahnya bermula bila kedua pasangan yang miliki banyak perbezaan ibarat langit dan bumi ini telah bernikah tanpa wujud perasaan cinta dan sayang. Mereka terpaksa berkahwin atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Nelya dengan gaya hidup bandarnya berasa amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di desa. Termasuklah cuba membiasakan diri makan makanan kampung dan melakukan aktiviti riadah seperti mandi sungai.
Cabaran disahut Reza untuk �membiasakan� Nelya, anak bandar menjalani kehidupan kampung dan memperkenalkan isterinya itu dengan kehidupan biasa Dengan perbezaan latar kehidupan seharian antara keduanya, mampukah mereka meneruskan hubungan yang terjalin? Atau terleraikah ikatan yang baru
Turut dibintangi pelakon Ann Abdullah, usah ketinggalan menyaksikan drama menarik penuh dengan adegan lucu mencuit hati ini hanya di TV1.
Video Promo
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon