PETALING JAYA: Dakwaan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan Jabatan Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memberi tekanan kepadanya adalah berniat jahat dan melampau. Pengerusi, Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, tohmahan itu satu provokasi dan rekaan bagi mengelirukan rakyat. �Saya percaya ugutan ini dibuat selepas LHDN memanggi dia (Khairuddin) untuk memberi keterangan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
�Oleh kerana tidak berpuas hati, Khairuddin tukar cerita dengan mendakwa sesiapa yang menentang Najib akan digertak dan akan ditekan. �Ini satu kenyataan yang melampau dan tidak boleh diterima malah rakyat mudah dimanipulasi untuk mempercayai berita ini walaupun ia sebenarnya fitnah,� katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.
Sehubungan itu, Ramesh sudah membuat laporan polis menyiasat Khairuddin mengikut Seksyen 500, Kanun Keseksaan, kerana memfitnah. �Laporan polis dibuat agar budaya ini tidak menjadi ikutan ahli politik lain terutamanya pembangkang,� jelasnya. Beliau juga meminta agar LHDN membuat laporan polis untuk menafikan dakwaan fitnah yang dibuat Khairuddin. �LHDN kena jawab kalau tuduhan Khairuddin itu fitnah,� katanya.
Sebelum itu, Khairuddin yang merupakan salah seorang daripada pengkritik tegar 1MDB telah membuat laporan polis terhadap LHDN mendakwa badan kerajaan itu membawa tekanan terhadapnya atas arahan Najib, lapor freemalaysiatoday
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon