Khir Toyo dihukum 12 bulan penjara

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atas bekas menteri besar Selangor Dr Khir Toyo selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah minggu lalu. Mahkamah itu juga menolak tawaran doktor gigi berusia 50 tahun itu untuk melakukan khidmat masyarakat dengan menawarkan rawatan pergigian percuma kepada orang miskin sebagai ganti kepada hukuman penjara.

"Dalam analisis akhir, hukuman itu sepatutnya mencerminkan keseriusan kesalahan itu," kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.Hakim Zulkefli berkata peguam Khir Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah berhujah bahawa hukuman penjara perlu menjadi pilihan terakhir kerana anak guamnya merupakan pesalah kali pertama dan tiada keganasan terlibat.

Katanya, apa yang penting adalah kepentingan awam dan ia (hukuman itu) tidak boleh diubah jika ia tidak menyalahi undang-undang.Hakim Zulkefli berkata khidmat masyarakat adalah tidak mencukupi kerana ia adalah untuk pesalah muda."Khidmat masyarakat tidak terpakai. Tindakannya (Khir) telah menyebabkan gangguan keyakinan terhadap penjawat awam," katanya, lapor malaysiakini.com
Previous
Next Post »
Thanks for your comment