Datuk Jamal Mohd Yunos, orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lalu, dibebaskan alam ini dan mengancam bertindak terhadap media yang didakwa menyebabkan dia ditangkap. Jamal berkata terdapat media alternatif yang tidak melaporkan kenyataannya secara penuh pada 23 September, yang mendorong pihak berkuasa menahannya. �Saya sangat bersyukur hari ini tetapi bagi saya penahanan saya hari ini sangat mendukacitakan dan tidak wajar kerana penahanan saya berasaskan laporan media kurang tepat diambil 23 hari bulan lepas.
�Hanya sebahagian diambil dan dihebah,� kata pemimpin akar umbi Umno itu. Dia berkata, keadaan itu menyebabkan keadaan tidak selesa dan kelam kabut serta menyusahkan banyak pihak. �Saya berkali-kali tegaskan saya dikerah jadi orang tengah di Jalan Petaling ketika 16 September. �Tetapi laporan sesetengah media propembangkang telah mensensasikan apa yang saya kata. Saya ingin beri amaran rakan media yang laporkan ini bakal hadapi tindakan tegas daripada saya,� katanya.
Jamal sekali lagi menegaskan beliau bukan penganjur yang hendak mengadakan rusuhan di Jalan Petaling. Jamal ditahan polis semalam, dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan. Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang menyebabkan suasana tegang di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas. Tiada perhimpunan yang dikhuatiri menyebabkan rusuhan berlaku di Jalan Petaling hari ini, lapor malaysiakini.com
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon