Punca Saiful Nang dikecam isu tuduh Tanah Haram Mekah tempat sarang pelacuran. Susulan kota suci Mekah dilanda beberapa tragedi tragis mutakhir ini seperti rempuhan di Mina dan insiden kren tumbang yang mengorbankan ratusan jemaah, Saiful Nang telah membuat status kontoversi yang ternyata mengaibkan Mekah sebagai tanah suci bagi umat Islam. Menerusi status facebooknya, Saiful Nang tegas pendirian bahawa bencana yang berlaku di Mekah adalah disebabkan aktiviti pelacuran yang tersembunyi di Tanah Haram Mekah. Susulan menulis status tersebut tanpa bukti yang sahih, Saiful Nang dikecam hebat oleh umat islam di Malaysia kerana status itu menghina kesucian Mekah serta agama Islam. Untuk info, Saiful Nang adalah seorang jurugambar terkemuka tanah air yang sentiasa mengulas mengenai pelbagai isu terkini dilaman sosial miliknya. Namun, status terbaru Saiful Nang yang mengaibkan Mekah telah memakan dirinya sendiri apabila beliau dikecam hebat oleh orang ramai.
Status Punca Saiful Nang Dikecam Isu Mekah Sarang Pelacuran
Untuk info, ini adalah status kontroversi dikeluarkan oleh Saiful Nang dengan tajuk �Muhassabah Bencana Tanah Haram�. dalam status tersebut, Saiful Nang menyelitkan bahawa terdapat tempat pelacuran di perkampungan Tanah Haram Mekah. Status ini kemudian telah dipadam susulan menerima kritikan negatif.
Saiful Nang Padam Status Kontroversi Aibkan Mekah
Saiful Nang masih tetap dengan pendiriannya bahawa memang terdapat sarang pelacuran tersembunyi di tanah haram Mekah.
Penjelasan Tidak Pernah Ada Sarang Pelacuran Di Mekah
Penjelasan salah seorang penduduk Arab Saudi menjelaskan bahawa tidak pernah ada tempat maksiat atau pelacuran di tanah haram Mekah.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon