Gempar : Bekas Timbalan Menteri Dilaporkan Hilang


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Abdullah Fadzil Che Wan, dilaporkan hilang di Bukit Tunku di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi. Isterinya, Datin Seri Sharifah Shahrul Bariah, mengesahkan perkara itu kepada BH ketika dihubungi, sebentar tadi. Abdullah, 70, yang juga bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menghidap demensia, kali terakhir dilihat keluar dari kediaman adik iparnya di Tijani di sini, dengan memakai kemeja hitam, seluar senam dan kasut kulit berwarna coklat, lapor berita harian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment