Drama Hello Mr Perfect (TV3)

Hello Mr Perfect Akasia TV3

Novel Hello, Mr. Perfect karya Waniey Zakaria akan didaptasi ke sebuah drama untuk mengisi slot Akasia TV3. Teraju utama dilakonkan oleh Fattah Amin dan pelakon baru, Nur Ruhainies. Drama ini mendapat sentuhan arahan Nuad Hj Othman dibawah terbitan A Aida Production Sdn Bhd. Drama Hello, Mr. Perfect bersiaran mulai 30 September 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3.

Fattah Amin sebelum ini pernah memegang watak utama untuk beberapa drama seperti Bencinta, Cinta Ibadah, dan Nasuha.

JUDUL : HELLO, MR. PERFECT!
EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : 30 September 2015 (Isnin-Khamis, 6.58petang)
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP: Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
NOVELIS : Waniey Zakaria
PENGARAH : Nuad Hj. Othman
TERBITAN : A Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly, Zaidi Omar, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana,

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Muhammad Izzul Islam
Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain
Rafiq Razali sebagai Muhammad Arif Fikri
Ezzaty Abdullah sebagai Ainul Mardhiah
Azlan Mokhtar sebagai Rahim
Mimi Ernida sebagai Lina
Nafiez Zaidi sebagai Azizi
Keena Mentor sebagai Hana
Afzan A.Rahman sebagai Fauzi
Kay Maria sebagai Mak Temah
Eizlan Yusof sebagai Dato Seri Amiruddin
Fiza Halim sebagai Datin Seri Rosni
Chomel Fana sebagai Amani
Ammar Alfian sebagai Aizat

LAGU TEMA / OST HELLO, MR. PERFECT!
Lagu: Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi: Nomad
Video & Lirik : Link

Novel Hello Mr Perfect
Novel Hello, Mr Perfect!

SINOPSIS HELLO MR PERFECT
Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

GAMBAR PELAKON
Hello Mr Perfect

Fattah Amin dan Nur Ruhainies
Fattah Amin & Nur Ruhainies
Hello Mr Perfect 03
Pelakon utama
Hello Mr Perfect Arif dan Ainul
Arif dan Ainul
Nur Ruhainies
Nur Ruhainies lakon dua watak utama
Hello Mr Perfect 2015
Keluarga Dato Seri Amiruddin
Hello Mr Perfect 02
Rahim & Nurul Ain
Hello Mr Perfect 01
Pelakon-pelakon lain
Hello Mr Perfect Kahwin
Majlis perkahwinan
Hello Mr Perfect TV3
Izzul dan Alya dah kahwin? Terpaksa ke atau sukarela?
Hello Mr Perfect
Previous
Next Post »
Thanks for your comment