Penyanyi dangdut Amelina memberitahu keadaan ekonominya yang masih belum stabil membuatkan dia belum bersedia untuk tampil dengan imej bertudung.
Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 41, bagaimanapun meminta peminat dan pengikut laman sosialnya terus mendoakan agar dia melakukan perubahan untuk ke arah itu.
"Ramai yang komen dan bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab.
"Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi.
�Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu,"
Amelina diminta mengulas tentang komen-komen pengikut laman sosialnya yang sering meninggalkan kritikan meminta dia untuk bertudung.
Dalam pada itu, Amelina tidak menafikan pada awal kemunculan semulanya tahun lalu, dia agak terkejut dengan perkembangan dunia sosial yang tidak terbatas.
Malah dia juga turut meminta nasihat daripada rakan-rakan artis untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
"Mula-mula saya terkejut dan marah apabila baca komen-komen di internet yang mengutuk tanpa memikirkan perasaan orang lain.
"Saya bertanya kepada Maya (penyanyi) dan kawan-kawan lain dan mereka ada nasihatkan saya untuk bersabar kerana media sekarang sudah berbeza.
"Mereka kata kalau media sosial ini ada pada zaman popular saya dahulu sudah tentu gosip saya yang dahulu-dahulu akan jadi topik dan kontroversi utama," ujarnya.
Sementara itu, ditanya tentang keluarga dan anak-anak, Amelina berkata, enam anaknya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan media.
Dia juga lebih selesa anak-anaknya tidak terlibat dalam industri seni.
"Biar saya sahaja yang terlibat dalam dunia seni, saya tidak mahu mereka dikecam dan jadi topik perbualan di laman sosial.
"Saya pun tidak galakkan untuk mereka jadi penyanyi dan ceburi bidang seni," ujarnya.
Amelina berkahwin dengan ahli perniagaan Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999.
Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu, Puteri Nur� Athirah, 24, Putera Al� Affiq, 13, Putera Al� Asyraff, 12, Puteri Nur� Asyurah, 10, Putera Al� Arffa, 8, dan Putera Al� Amzar, 6.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon