Resipi Cara Buat Pau Yang Mudah Dan Gebu. Dibawah merupakan bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakan pau yang gebu dan mudah.
Cara Buat Pau Yang Lazat |
Bahan-Bahan Untuk Membuat Pau Yang Sedap
- Satu kilogram tepung gandum
- Satu peket yis
- Setengah cawan minyak masak
- Setengah cawan susu pekat
- Setengah cawan gula
- Dua cawan air
- Satu sudu teh garam
- Satu sudu teh baking powder
Cara Mudah Membuat Pau Yang Gebu dan Sedap
1.Gaulkan atau satukan semua bahan-bahan diatas sehingga sebati dan diatas sehingga sebati dan membentuk doh
2.Biarkan doh selama tiga hingga empat puluh minit atau doh tersebut naik sehingga dua kali ganda
3. Kemudian, timbang dalam anggaran 50 gram bagi sebiji doh hingga habis
4.Selepas itu, leperkan doh tersebut dan letakkan inti didalamnya dan bulatkan nya
5. Biarkan doh yang telah dibulatkan tadi dalam tempoh masa lima belas minit sebelum dikukus.
6. Akhir, kukus pau tersebut dalam masa kurang lebih sepuluh minit
7. Siap dan sedia untuk dimakan
Sedikit peringatan, air yang digunakan adalah bergantung kepada kualiti dan kuantiti tepung yang anda gunakan. Akhir kata, selamat mencuba.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon