Lari Mira (TV3)

Lari Mira (TV3)

Drama terbaru arahan Feroz Kader berjudul Lari Mira akan menemui penonton di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar bersama pelakon dari Indonesia iaitu Erlando Saputra dan juga Nazrief Nazri dari Malaysia. Cerita ini berdasarkan kisah benar daripada kejadian tsunami di Acheh pada tahun 2004 lalu. Mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Banda Acheh. Bersiaran mulai 9 September 2015, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam bermula 9 September 2015 di slot Lestary TV3.

JUDUL : LARI MIRA
EPISOD : 14 episod
TARIKH / MASA : 9 September 2015 (Rabu & Khamis 9.00 malam)
SIARAN : Slot Lestary TV3
SKRIP: Sofea J Rhyland
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Frontrow Pictures Sdn Bhd
PELAKON :  Nina Iskandar, Erlando Saputra, Nazrief Nazri, Fazlina Ahmad Daud, Airiz Yasmin, Cut Okta, Umbu Deniro, Shinta Miranda, Erul Samah, Razma Azaela, Manan Sulaiman, Farhanna Qismina, Ieka Simon, Muhammad Riki Sapari, Kay Maria, Jasmine Ashraff

WATAK PELAKON
Nina Iskandar sebagai Mira
Nazrief Nazri sebagai Yusof
Erlandho Saputra sebagai Adi
Airis Yasmin sebagai Dr. Zuli
Umbu Abdullah sebagao Rio
Ieka Simon sebagai Jiji
Cut Okta sebagai Cut Syuhada

SINOPSIS LARI MIRA THE SERIES
Misi menyelamatkan diri selepas bencana tsunami. Cemas dan buntu. Mira hanya memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dan mencari ahli keluarganya yang hilang selepas sedar diri dalam tragedi Tsunami yang melanda Banda Acheh. Dalam keadaan yang masih sedih dengan kehilangan ibu bapanya, dia diperdaya dan terperangkap dalam muslihat sindiket pemerdagangan manusia. Bagaimanakah dia menyelamatkan diri dan kembali ke tanah air?

Mira sibuk dengan persediaan majlis perkahwinannya. Dia mengimpikan majlis perkahwinan dalam taman tetapi ibunya, Indah mahukan konsep yang berbeza iaitu tradisional Acheh. Tanpa pengetahuan Mira, ibunya telah memulakan persiapan mereka sekeluarga ke Acheh. Mira marah dan merajuk dengan ibunya.
Pada masa yang sama, Mira bergaduh dengan tunangnya Yusof kerana mendapati Yusof masih berhubung dengan bekas kekasihnya. Mira bertolak ke Banda Acheh tanpa mendengar penjelasan daripada Yusof.

Majlis perkahwinan di Acheh bertukar menjadi tragedi apabila dilanda Tsunami. Selepas sedar diri, Mira mendapati dirinya ditimbun dalam runtuhan bangunan. Mira bersendirian di lokasi yang dia tidak ketahui. Apa yang dilihat di sekelilingnya hanyalah mayat dan lumpur.

Dalam keadaan yang tidak tentu arah, Mira didatangi oleh Rio yang berpakaian baju seragam penyelamat. Mira dibawa ke sebuah pusat untuk mendapatkan rawatan. Dalam perjalanan ke suatu tempat yang terpencil, Mira berasa pelik kerana dibawa jauh dari Banda Acheh. Namun, disebabkan keletihan dan kecederaannya, dia tidak banyak bertanya. Mira berkenalan dengan Muthia yang juga berada di dalam van yang dinaikinya.

Sementara itu, Yusof tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Acheh mencari Mira walaupun dihalang oleh keluarganya. Setibanya dia di sana, dia bertemu dengan Dr Zuli dan menjadi sukarelawan di pusat rawatan sementara supaya lebih mudah mendapatkan maklumat tentang Mira.

Pada suatu malam, Muthia terdengar perbualan Rio dengan seseorang bahawa ingin menjual remaja dan kanak-kanak yang ditemuinya. Muthia mengajak Mira untuk melarikan diri bersama. Berjayakah Mira dan Muthia melarikan diri? Berjayakah Mira mendapatkan bantuan? Siapakah Adi yang ditemui oleh Mira? Bertemu kembalikah Mira dan Yusof?

GAMBAR PELAKON
Lari Mira
Misi menyelamatkan diri
Lari Mira 2015
Sesi pengambaran dilakukan di Acheh, Indonesia
Lari Mira TV3
Barisan pelakon utama
Lari Mira 01
Keluarga Yusof
Lari Mira 02
Keluarga Mira
Lari Mira di Acheh
Kisah tentang kejadian tsunami 
Lari Mira kahwin
Majlis perkahwinan

Previous
Next Post »
Thanks for your comment