Filem terbaharu Polis Evo bakal mengegarkan pawagam di seluruh Malaysia pada 17 September 2015. Diterajui oleh lakonan hebat Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Turut dibintangi oleh Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi, Pablo Amirul, Yuzz Murai, Amerul Affendi, Eyka Farhana dan ramai lagi. Filem aksi terbitan Astro Shaw itu diarahkan oleh sutradara Ghaz Abu Bakar.
Filem Polis Evo mengisahkan tentang dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka ditugaskan untuk bekerjasama dalam menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah terbesar. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?
VIDEO TRAILER
Antara perkara menarik mengenai filem Polis Evo:
1. Filem yang mengetengahkan isu pengedaran dadah itu dikatakan memaparkan hampir 80 peratus babak aksi.
2. Shaheizy Sam mengambil masa lima bulan untuk mendapatkan badan sasa bagi menjayakan karakter sebagai seorang anggota polis.
3. Berbeza dengan filem sebelum ini, Zizan Razak perlu menjadi seorang polis yang serius.
4. Pengarah Ghaz Abu Bakar menjadikan filem lain sebagai rujukan antaranya filem Lethal Weapon, Bad Boys dan 21 Jump Street.
5. Polis Evo menelan belanja sebanyak RM2.4 juta dan menggunakan Kuala Lumpur dan Terengganu sebagai lokasi penggambaran.
6. Filem itu mendapat kerjasama yang baik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Penggambaran filem juga tertunda beberapa kali berikutan terpaksa mengikut garis panduan skrip Polis Diraja Malaysia (PDRM).
LAGU TEMA / OST POLIS EVO
Tajuk Lagu : EVO
Artis: Joe Flizzow x SonaOne
*Jangan lupa untuk saksikan filem Polis Evo dipawagam berdekatan anda
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon