Cara Mudah Dan Berkesan Lajukan Kipas Meja

Panduan Cara Mudah Dan Berkesan Lajukan Kipas Meja atau Kipas Berdiri. Bagaimana untuk melayukan kipas meja yang sudah menjadi perlahan? Ikuti tutorial yang disediakan dibawah.

Lajukan Kipas Meja Anda Dengan Mudah dan Murah
Cara Lajukan Kipas Meja Lama


Cara Mudah dan Berkesan Baiki Kipas Meja Yang Perlahan

1. Sila buka penutup yang ada simbol kelajuan ( Button 1,2,3 ). Kemudian cari kotak hitam yang seperti ditunjukkan pada gambar diatas. Gambar nombor 1.

2. Melalui kotak hitam tersebut akan ada  dua wayar yang disambungkan pada motor kipas. Sila buka sambungan tersebut.

3. Selepas itu, pergi ke kedai yang menjual alat ganti elektronik dan beli kotak hitam baru. Jika yang asal tertulis 1.5uF, beli yang 2uF. (rujuk pada gambar nombor 3 ). Harganya sekitar RM5.00 sahaja.

4. Bila sudah beli, sambungkan kembali kotak hitam yang baru dekat tempat sambungan yang telah dicabut tadi. InsyaAllah kipas tersebut akan berpusing laju kembali sprti baru.

Sedikit peringatan, jangan lupa cuba hidupkan kipas tersebut terlebih dahulu sebelum kembali memasangnya untuk mengelakkan anda daripada membuat kerja dua kali jika terdapat kesalahan pada mana-mana sambungan bahagian kipas yang telah dibuka. Diharapkan perkongsian ini mampu memberi  manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk kongsikan kepada orang yang lain juga, ya . Sekian, terima kasih.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment