Sinopsis Alif Imani
Alif Imani mengisahkan mengenai, Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Suri, sudah berkahwin dengan Aliff (Fezrul Khan) mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius. Kerana tahu hidupnya bila-bila saja boleh terhenti, Suri perangkap Imani dan Alif agar mereka bernikah. Imani dan Alif telah ditangkap basah, Suri meluahkan keizinannya agar Alif bernikah dengan Imani, mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. Aliff menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri.Dua bulan perkahwinan, Imani dan Alif merupakan waktu paling terseksa bagi Imani. Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya. Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan dirisetelah permintaan untuk diceraikan Aliff tidak ditunaikan.
Sehinggalah Aliff mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka. Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa.
Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur setelah tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja disebuah butik miilik Dato� Rohani. Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum telah mencuri hati Rafiq (Amar Baharin), yang juga anak kepada Dato� Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki. Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif. Adakah Iman perlu mengorban rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif?
Tarikh: 13 November, Jumaat 8.30 malam
Jumlah: 14 episod
Pelakon: Ummi Nazeera, Fezrul Khan, Fasha Sandha dan Amar Baharin
Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pengarah: Keoi Hj. Khalid
Skrip: Wan Mahani
Episod 1 hingga terkini
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon