Kapsul antara filem berbahasa Melayu yang wajib ditengok tahun ini. Filem patriotik atau bersifat kenegaraan itu adalah hasil idea kreatif Allahyarham Martias Mohd Ali yang juga sebagai pengarah filem. Menariknya, filem Kapsul akan membawa penonton merentas masa merasai pengalaman yang berbeza dari filem-filem Melayu sebelum ini. Filem bercorak sains fiksyen itu dikatakan menggunakan hampir 70 peratus teknik CGI. Penggunaan elemen sejarah dan mengaitkan tokoh pemimpin negara juga antara aspek daya tarikan yang menarik untuk dilihat.
Filem Kapsul mengisahkan tentang seorang pemuda yang terperangkap di dalam kapsul masa di empat zaman berbeza iaitu ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, pemerintahan Tun Abdul Razak dan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ianya bermula apabila sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri oleh Zohri dan telah membawa dirinya kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di era bangsa Melayu sedang berjuang untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri merasai dan menyaksikan sendiri keperitan nenek moyangnya memperjuangkan bangsa dan negara. Membuatkan dirinya mula memahami apakah erti sebenar patriotisme. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya, sementara pada masa yang sama, beliau berusaha untuk mencari jalan pulang.
Poster Filem Kapsul |
Filem KAPSUL bakal ditayangkan di pawagam pada 17 September 2015 nanti.
Ikuti perkembangan selanjutnya mengenai filem Kapsul melalui pautan di bawah:
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon