Panduan Petua Cara Mudah Membersih dan Mencuci Barang Kemas Seperti Emas Dan Perak. Barang kemas seperti emas dan perak memang menjadi pilihan ramai penggunanya terutama kaum wanita. Jesteru barang kemas yang telah lama dipakai dan tidak dicuci menjadikannya kelihatan tidak menarik. Dibawah merupakan Tips dan Cara Mencuci Barang Kemas.
Petua Bersihkan Barang Kemas |
Cara Cuci Barang Kemas Menggunakan Air Suam
Rendamkan barang kemas anda ke dalam air suam kira kira dalam tempoh 1 jam. Berus dengan berus gigi dan ubat gigi. Bilas bersih dan rendam dalam air selama beberapa jam. Sejatkan di atas kain kering.
Cara Cuci Barang Kemas Dengan Air Suam dan Asam Gelugur
Ambil barang kemas dan rendamkan di dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor tau turut dikenali masyarakat sebagai asam keping. Biarkan dalam tempoh kira-kira empat jam. Selepas itu, bilas barangan yang telah direndam tadi menggunakan air bersih dan keringkan menggunakan kain kering.
Cuci Barang Kemas Menggunakan Limau Nipis dan Air Asam Jawa
Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis ke dalam satu bekas. Selepas itu, rendamkan barang kemas milik anda di dalam bekas tersebut dan biarkan selama sehari. Setelah sehari, bilas barang kemas tersebut dengan menggunakan air bersih dan sejat menggunakan kain bersih.
Petua Cara Bersihkan Barang Kemas Menggunakan Teh Cina
Sediakan air teh cina. Ambil barang kemas dan rendamkan didalam bekas yang berisi air teh cina tersebut dan biarkan dalam masa sehari. Setelah sehari, bilas pakai air dan keringkan menggunakan kain yang bersih.
Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda untuk Mencuci dan Membersihkan Barang Kemas Sendiri tanpa perlu membazir ke kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut, jika anda merasakan perkosngsian ini turut berguna kepada mereka yang lain, bantu kami dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikan ke laman-laman sosial milik anda. Kerjasama anda adalah dihargai. Harap maklum.

Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon