Diam - Diam Rindu (2015) Cerekarama TV3



SINOPSIS
Nur Iman, dipersalahkan oleh ibunya, Puan Nora atas kematian Maisara. Seiring dengan itu, Nur Iman sangat tertekan tetapi masih kuat atas sokongan rakan karibnya iaitu Diana. Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun.

Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mirza sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mirza sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu.

Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mirza selama ini? Dapatkah mereka bersatu?

SIARAN: Cerekarama
PENGARAH: Harris Kadir
TERBITAN: Pujangga Kreatif Sdn Bhd
PELAKON: Amar Ashraf, Nad Zainal, Wan Sharmila, Haleeda, Rashid Jaafar, Afiq Muiz
Previous
Next Post »
Thanks for your comment