Cara Sebenar Pemegang Mohor Raja Raja Buat Pengumuman dan Puasa. Cara Mohor Besar Raja Raja Buat Pengumuman Puasa dan Raya.
Bagaimana Tarikh Puasa dan Raya Dibuat Pemegang Mohor Raja-raja
Selama ini saya ingat tentang pengumuman mohor besar dijalankan secara langsung, sehinggalah saya terlihat posting rakan saya yang sekarang bekerja dengan RTM iaitu Saudara Ramzul Ikbar Saiful Aula.
Rupa-rupanya pengumuman mohor besar raja-raja adalah rakaman, dengan skrip dua tarikh masihi yang berbeza bagi tarikh satu ramadhan dan satu syawal.
Dulu-dulu masa kecik saya ingat ;
1. Pemegang Mohor Besar Raja-Raja akan duduk dekat satu kawasan berdekatan dengan tempat melihat anak bulan.
2. Pada masa yang sama proses melihat anak bulan dilakukan oleh ahli-ahli falak.
3. Kemudian, ahli-ahli falak akan menoropong anak bulan. Kalau nampak anak bulan, mereka akan membuat keputusan bahawa keesokannya puasa atau raya. Kalau anak bulan tidak kelihatan mereka akan membuat kiraan falak.
4. Seterusnya, ahli falak membuat keputusan tarikh puasa atau tarikh hari raya dan maklumkan dekat Pemegang Mohor Besar.
5. Lepas itu, Pemegang Mohor Besar akan berhubung dengan Majlis Raja-Raja bagi mendapat pengesahan tarikh.
6. Akhir sekali bila dah dapat pengesahan tarikh, Pemegang Mohor Besar Raja-raja akan terus ke bilik rakaman bagi membuat rakaman pengumuman secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia di kaca-kaca television.
7. Setiap kali itu juga, saya akan tunggu dengan penuh sabar bagi mengetahui keputusan sama ada esok jatuh satu Ramadhan atau satu Syawal, menonton pengisytiharan oleh Pemegang Mohor Besar Raja-raja.
Beginilah imaginasi saya zaman kecil-kecil dahulu..Hahaahaha... Rupa-rupanya bukan..Apa pula imaginasi anda?
sumber :fb
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon