Cara Mudah Hilangkan Ketuat

Petua dan Cara Mudah Hilangkan Ketuat Ketuat. Kebiasaanya ketuat tumbuh pada anggota badan manusia seperti tangan, kaki, muka, leher, siku dan bahgaian-bahagian lain. Dibawah merupakan beberapa kaedah tradisi dan moden yang dapat membantu anda untuk menghilangkan ketuat yang tumbuh :

Cara Berkesan dan Mudah Hilangkan Ketuat
Tips dan Cara Menghilangkan Ketuat di Badan

Tips dan Cara Mudah Hapuskan Ketuat Dengan Pelepah Betik

Guna getah dari pelepah betik dan sapukan ditempat ketuat tumbuh. Biarkan getah tersebut kering. Amalkan selama seminggu,insyaALLAH ketuat akan mengering dan tercabut sendiri.

Kaedah Hilangkan Ketuat Dengan Daun Kesum

Ambil beberapa helai daun kesum dan tumbuk lumat sehingga lumat. Campurkan daun kesum tersebut dengan sedikit garam halus. Sapu daun kesum tadi  diatas ketuat dan biarkan ianya kering. Amalkan beberapa kali sampai ketuat kering dan mungkin akan luruh sendiri.

Panduan Hilangkan Ketuat Dengan Ubat Nyamuk

Ambil abu ubat nyamuk dan bancuhkan abu ubat nyamuk tersebut dengan sedikit air. Sapu ditempat ketuat tumbuh dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari sehingga ketuat menjadi kering dan mungkin akan luruh dengan sendiri

Petua Orang Lama Hilangkan Ketuat Pakai Kapur Sireh

Ambil kapur sireh dan campurkan dengan sedikit air. Sapu atas ketuat dan biar sehingga kering. Lakukan setiap hari, insyaAllah berkesan

Langkah Hilangkan Ketuat Guna Minyak Masak

Ambil lidi dari pokok kelapa. Celupkan lidi tersebut ke dalam minyak masak yang panas dan titik  minyak tersebut menggunakan lidi diatas ketuat yang tumbuh.

Hilangkan Ketuat Dengan Laser

Laser Ketuat adalah cara moden untuk menghilangkan ketuat. Cara ini terbukti berkesan dan pada masa kini sudah banyak klinik yang menawarkan perkhidmatan laser ketuat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menghilangkan ketuat. Selamat Mencuba.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment