Adab Mandikan Anak Yang Baru Lahir Dengan Cara Betul. Panduan bagi menyambut kelahiran bayi yang baru lahir mengikut kaedah yang dianjurkan oleh Islam.
Panduan Dan Cara Betul Mandikan Bayi Ikut Islam |
Langkah-langkah Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Kaedah Islam
Kaedah mandian bayi yang baru lahir (usia sehari hingga 40 hari ) memainkan peranan yang penting dalam melancarkan peredaran aliran darah dan pembentukan tulang yang kuat terhadap bayi tersebut. Ikuti Cara-cara memandikan bayi yang baru lahir yang dikongsikan dibawah :
1. Sebaik-baiknya mandikan bayi pada waktu Dhuha. Ini kerana pada waktu Dhuha, fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi yang baru dilahirkan adalah dalam keadaan tenang dan seeloknya gunakan air yang suam.
2. Mulakan ke atas belakang bayi secara perlahan-lahan, seterusnya disiramkan ke kaki disusuli naik ke bahagian punggungnya.
3. Semasa memandikan bayi, belaian dan gosokan secara lembut turut memainkan peranan yang penting. belaian dan gosokan lembut akan memberi kesan keatas pengaliran darah bayi berjalan dengan lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Kemudian siram air dari belakang badan bayi hingga ke kepalanya. Patikan, siraman air di bahagian kepala dilakukan secara perlahan-lahan, ini adalah untuk mengelakkan air siraman tersebut mengalir masuk ke dalam lubang telinga bayi. Ketika menyiram air di belakang kepala hingga ke bahagian hadapan dahi, gunakan tangan untuk menggosok dahi bayi.
5. Seelok-eloknya tugas mandikan anak yang baru lahir dilakukan oleh bapa bayi tersebut. Dan, amalkan semasa memandikan anak tersebut dengan berzikir Ya Latif, Ya Hadi di dalam hati.
6. Elakkan menyiram air pada muka bayi. Ini akan melemaskan bayi tersebut serta menyebabkan lubang hidungnya menjadi lembap dan seterusnya mudah dijangkiti kuman dan selesema.
7. Dan siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada hingga ke bawah. Bayi yang baru lahir adalah tidak digalakkan untuk menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh kerana khuatir air dan sabun boleh menjadikan bahagian pusat bayi menjadi lembap dan mempengaruhi proses tali pusat gugur atau tercabut.
8. Stelah selesai mandi, sila keringkan atau lap seluruh badan bayi menggunakan tuala bersih. Caranya bermula daripada kepala bayi kerana kelewatan mengeringkan bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi yang baru dilahirkan basah dan akan mudah terkena masalah paru-paru lemah.
Semoga perkongsian ini tentang Tips dan Panduan Cara Mandikan Bayi Yang Baru Lahir bermanfaat kepada anda. Jika anda merasa ianya turut bermanfaat kepada yang lain , sila bantu kami dengan klik pada simbol g+1 untuk menyebarkannya kepada yang lain atau share di laman-laman sosial anda. Sekian, harap maklum.
Out Of Topic Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon