Gangguan Psiko Stalker

Gangguan Psiko Stalker

Saksikan telefilem 'Gangguan Psiko Stalker' adaptasi novel Ganggu karya Ayumi Syafiqah. Akan ditayangkan pada Sabtu ini, 26 September 2020 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

JUDUL : GANGGUAN PSIKO STALKER
WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 September 2020, 9 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Rahim Zali
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PRODUKSI : Dear Creative Media
PELAKON : Shalma Eliana, Ismail Izzani, Zarul Umbrella, Ziana Zain, Wafariena Roslan, Kufrida, Akmal Ahmad, Fiza Halim, Ameerul Asyraf

SINOPSIS GANGGUAN PSIKO STALKER
Mikayla menghadapi tekanan yang sangat hebat setelah satu demi satu ahli keluarga dan sahabatnya mati di depan matanya. Z sentiasa ada untuk menghapuskan mereka yang bersifat jahat kepada Mikayla.

Dua tahun lalu, Mikayla hilang seluruh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mereka semua mati di tangan seorang pembunuh bersiri bernama Z. Setiap gangguan telefon daripada Z pasti akan berakhir dengan kematian.

Kata Z, dia lakukan semua itu untuk Mikayla. Mereka semua penipu. Mereka semua tidak pernah peduli tentang Mikayla, kecuali dia.

Dua tahun kemudian, Mikayla akhirnya meninggalkan pusat rawatan psikiatri dengan satu misi, untuk menyiasat siapa sebenarnya Z. Z masih dan terus mengganggunya dengan pelbagai gangguan sehinggakan rahsia yang selama ini disimpan kukuh oleh kedua-dua orang tuanya mula tersingkap.

Ketika dia sedar siapa sebenarnya Z, sanggupkah dia tinggalkan kehidupannya demi lelaki itu?


Gangguan Psiko Stalker
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
21 Oktober 2020 pada 1:05 PTG ×

ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

Selamat michelle dapat PERTAMAX...! Silahkan antri di pom terdekat heheheh...
Balas
avatar
admin
Thanks for your comment