Telemovie Peah Singa lakonan Miera Liyana dan Izzue Islam

peah singa ni

Skrin Di 9 semalam membawakan telemovie bertajuk Peah Singa. Telemovie terbitan 2606 Skyline Prictures dan diarahan oleh Zamri Zakaria.

Video Peah Singa

Para Pelakon

Izzue Islam, Miera Liyana, Zahra Ahmad, Suraya Ghani, Aren Yunus, Aman Graseka, Mohd Shahremy Ikmal


Sinopsis

Peah (34), anak dara tua di sebuah kampung. Peah tinggal dengan adiknya, Azlin (19). Azlin tidak bekerja dan hanya duduk di rumah sahaja. Peah seorang yang garang dan suka membebel dan memarahi sesiapa sahaja di kampung.

Peah menjadi garang setelah dididik dengan tegas oleh Pak Ngahnya yang kini telah tinggal di luar negara. Peah menjadi garang di kampung kerana marah dengan tindakan orang kampung yang pernah menghina keluarganya sehinggakan arwah ayah dan emaknya makan hati dengan tindakan mereka.

Dulunya, kedua ibubapanya lemah selalu beri muka pada orang kampung sehinggakan ramai yang ambil kesempatan pada keluarganya seperti pinjam duit tidak bayar, ambil kesemapatan dengan tuduh keluarganya macam-macam sehinggakan ada yang memfitnah keluarganya sesuka hati. Melihatkan peristiwa itulah, Peah berubah menjadi tegas dan tidak mahu dia dan adiknya dipijak-pijak lagi oleh orang kampungnya.

Telemovie Peah Singa telah bersiaran di TV9 pada Isnin lepas jam 8.30 malam.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment