Qari Junior Musim Ke-6 (2017)

Qari jr

Qari Junior 2017 program realiti keagamaan kanak-kanak yang dianjurkan oleh TV3 telah memasuki musim ke-6. Pada musim lepas, adik Ahmad Naufal bin Fauzi yang berusia 12 tahun berasal daripada Kelantan telah dinobatkan sebagai juara musim ke-5. Adik Naufal telah menerima hadiah wang tunai RM10, 000 serta tajaan umrah oleh Almas Beauty & Health.

Memasuki musim terbaharu, Qari Junior kini kembali dalam misi mencari qari muda yang mampu mengalunkan bacaan Al-Quran secara murattal dengan taranum dan tajwid yang betul dengan baik.

Sesi ujibakat Qari Junior 2017 bakal diadakah di tiga lokasi terpilih. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Qari Jr 2017

Qari dan qariah yang ingin menyertai sesi ujibakat perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut:
  1. Berusia diantara 7 hingga 12 tahun
  2. Mahir dan lancar membaca Al-Quran secara murattal, bertaranum dan bertajwid.
  3. Hadir dengan berpakaian kemas dan sopan

Antara pilihan surah bagi sesi ujibakat kali ini adalah:

  • Surah Al-Baqarah, ayat 26-30
  • Surah Al-Baqarah, ayat 44-52
  • Surah Ali-Imran, ayat 33-41
  • Surah Ali-Imran, ayat 113-118
  • Surah An-Nisa, ayat 36-42
*durasi bacaan selama 3 minit

Bagi mereka yang yang berada di pantai timur, sabah & Sarawak yang tidak dapat menghadirkan diri ke sesi uji bakat di lokasi yang diadakan seperti di atas, anda juga boleh menghantar video bacaan dan emailkan kepada qarijuniortv3@gmail.com, beserta butiran peribadi dan juga maklumat untuk dihubungi.

Saksikan nanti program Qari Junior 2017 yang bakal ditayangkan di TV3 dalam pertengahan Mac tahun ini.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment