Mentor Milenia 2017 TV3 (Senarai Peserta)

Mentor Milenia 2017

Program realiti Mentor Milenia bakal kembali mencari dan mencungkil bakat anak-anak muda dalam bidang nyanyian. Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni. 

Mentor Milenia musim baharu ini masih lagi mengekalkan format yang sama dengan menampilkan empat orang mentor iaitu Black, Hazama, Akim dan terbaharu Tomok. Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 � 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia juga akan bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang.

Tiga bakal protege kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari (Akim & Hazama) dan 19 Februari (Black & Tomok) untuk merebut gelaran prot�g�. Hanya dua orang prot�g� akan dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017. Mentor Milenia ini akan dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh. Menampilkan Datuk Hattan sebagai juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia

SENARAI BAKAL PROTEGE

MENTOR : TOMOK
1. Mohamad Rozaimi Rosli (20 tahun, Kuala Kedah, Kedah)
2. Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (17 tahun, Kinarut Papar, Sabah)
3. Adam Malek Shamsuddin (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)

MENTOR : BLACK
1. Mohamad Afif Ikmayahya (20 tahun, Pasir Mas, Kelantan)
2. Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (17 tahun, Kota Bharu, Kelantan)
3. Nur Syaheera Abd Aziz (19 tahun, Shah Alam, Selangor)

MENTOR : AKIM
1. Noor Jannah Abu Hanipah (18 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
2. Angelica Paujin (17 tahun, Tambunan, Sabah)
3. Mohd Farhan Mohd Mustapha (20 tahun, Kuantan, Pahang)

MENTOR : HAZAMA
1. Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (20 tahun, Lunas, Kedah)
2. Iffah Syahira Ariffen Kamal Ariffen (21 tahun, Petaling Jaya, Selangor)
3. Nor Balqis Ahmad Tajudin (18 tahun. Kemaman, Terengganu)

MentorMilenia2017
Sesi uji bakat Mentor Milenia 2017
Previous
Next Post »
Thanks for your comment