Video Penuh Pernikahan Izham dan Mia Ahmad


Dengan sekali lafaz, pelakon Hati Perempuan, Mia Ahmad selamat bergelar isteri kepada penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan kira-kira pukul 10.18 pagi Jumaat.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 daripada Mohd Izham, 26.

Mia turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki dan dibalas sembilan dulang, manakala wang hantaran tidak dimaklumkan.

Pada majlis istimewa tersebut Mia anggun mengayakan busana berwarna krim daripada pereka fesyen Lynda Rahim.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment